BANTUAN PENGAJIAN TINGGI

PENGENALAN

Program Bantuan Pelajar Terdesak atau lebih dikenali sebagai Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP) sebelum ini diwujudkan bagi menyediakan bantuan kewangan bagi membantu membiayai pelajar yang memenuhi kelayakan untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi sama ada peringkat persekolahan atau di institusi pengajian tinggi yang diiktiraf.

Perlaksanaan Program Bantuan Pelajar Terdesak bukan sekadar langkah untuk membela nasib pelajar dari keluarga berpendapatan rendah tetapi ia juga merupakan usaha dalam memberi dorongan dan sokongan kepada mereka yang memperolehi keputusan akademik yang cemerlang untuk meneruskan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Program Bantuan Pelajar Terdesak merupakan bantuan secara "one-off" kepada pelajar - pelajar Bumiputera untuk memastikan mereka dapat meneruskan pengajian mereka tanpa sebarang kesulitan.

Kemudahan pembiayaan pendidikan yang disediakan di bawah Program Pelajar Terdesak membolehkan golongan pelajar ini berpeluang untuk menyambung pengajian dengan tanpa perlu memikirkan masalah kewangan yang mereka hadapi di samping akan membantu mereka untuk lebih fokus kepada aktiviti pengajiaan mereka.

MISI PROGRAM PELAJAR TERDESAK

  • Menyediakan bantuan kewangan bagi membantu pelajar Bumiputera yang menghadapi masalah meneruskan pengajian.
  • Memastikan pembiayaan disalurkan kepada kumpulan sasar yang dikenalpasti.
  • Menerapkan nilai jati diri dan nasionalisme melalui Kursus Kenegaraan yang dilaksanakan

OBJEKTIF PROGRAM PELAJAR TERDESAK

  • Membantu pelajar yang mempunyai masalah yuran tertunggak.
  • Membantu pelajar yang tidak mendapat biasiswa atau pinjaman.
  • Membantu pelajar yang teraniaya atau tertipu oleh institusi pengajian.
  • Menyediakan sara hidup bagi pelajar yang memerlukan.
  • Menjayakan program janji ditepati.
  • Memastikan sistem penyampaian pembiayaan yang efisien.

FAEDAH - FAEDAH PROGRAM

Kumpulan Sasaran

  • Penyelesaian yuran tertunggak.
  • Mengelakkan "drop outs" dikalangan pelajar IPT .
  • Meringankan beban kos pengajian.
  • Meningkatkan jatidiri dan nasionalisme.

Penyumbang

  • Memperolehi tolakan cukai pendapatan
  • Menunaikan tanggungjawab sosial kepada komuniti.
  • Mempromosi syarikat penyumbang.
  • Amal jariah

KELAYAKAN DAN SYARAT MEMOHON

  • Bumiputera warganegara Malaysia.
  • Pendapatan keluarga tidak melebihi RM 3,000.00 sebulan.
  • Mendapat tawaran atau telah mendaftar atau sedang mengikuti pengajian di institusi yang diiktiraf.

PERMOHONAN DAN KELULUSAN

Permohonan mestilah menggunakan borang SDEP yang boleh diperolehi dari laman web YPM dan kelulusan tertakluk kepada keputusan Pengurusan YPM dan dana sediada

Sila Ke Bahagian Muat Turun Untuk mendapatkan borang
Anda boleh rujuk pada soalan lazim untuk koleksi pertanyaan yang diajukan

HUBUNGI KAMI

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan, sila majukan ke :-

Seksyen Pendidikan Tertiari
Yayasan Pelajaran Mara
Tingkat 18 Menara MARA
No 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur
No. Tel : 603-26927273 / Samb : 115/114

Pegawai Terlibat:

En. Abdul Shukor Bin Ibrahim
Pn. Wan Rocilaini Binti Wan Chik
Pn. Khairul Nisha Binti Azman

527a6e76792d472d496e2d757f72734a2f7a6e7679817c47707c7b816e70813b81727f81766e7f764d867d7a3b7c7f743b7a862f4b707c7b816e70813b81727f81766e7f764d867d7a3b7c7f743b7a86496f7f2d3c4b493c6e4b493c7d4b1a172d2d2d2d2d2d2d2d2d2d2d2d2d2d2d2d2d2d2d2d497d4b Avg2lsfpdVb6Bjz5L1l76duzO0vglxr caesar Spam Protection : please enable JavaScript

 Muat Turun Artikel Penuh

 

 

Video Korporat

Download Video: MP4, WebM, Ogg
HTML5 Video Player by VideoJS

Pilih Bahasa

Malay Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) English Japanese

kklwmarakptmgiat marauniklkpm1mygovdewan bahasaiimmscinfra

logo ypm-shadow 



YAYASAN PELAJARAN MARA

ARAS 18, MENARA MARA, NO. 232 JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN
50100 KUALA LUMPUR

TEL : +603-26927273 / +603-26927015 | FAKS : +603-26927279